Like on Facebook

Tuesday 6 September 2016

ZIKA VIRUS MELANDA NEGARA

Sumber Google Image
Sejak kebelakangan ini negara telah dihebohkan dengan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa seorang warganegara Malaysia dijangkiti virus Zika pada 1 September yang lepas. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah dalam memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai simptom, kesan dan risiko serta cara mengelakkan virus ini terus menerus merebak. Apa yang kita semua peroleh daripada sumber-sumber Virus Zika adalah penyakit bawaan nyamuk yang disebarkan oleh spesies nyamuk Aedes iaitu nyamuk yang juga bertanggungjawab dalam penyebaran denggi. Virus Zika ini juga boleh merebak melalui hubungan seks iaitu daripada seseorang yang mempunyai Zika kepada pasangan mereka. 

Simptom- simptom yang dapat dikesan sekiranya seseorang itu terkena jangkitan Virus Zika adalah:-
  1. Demam
  2. Ruam/ bintik-bintik merah
  3. Sakit sendi
  4. Konjunktivitis (mata merah)
  5. Sakit otot
  6. Pening kepala
  7. Sakit dibelakang mata
  8. Muntah


Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut pada anda atau ahli keluarga anda sila mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau terus ke hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan serta rawatan bagi mengelakkan sesuatu yang lebih teruk. 

Info lain mengenai Virus Zika:

  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.


Kesan daripada virus Zika ini memberikan kesan bahaya kepada ibu-ibu yang mengandung kerana menurut kajian virus Zika boleh menyebabkan bayi microcephaly. Microcephaly adalah adalah keadaan neurologi di mana lilitan kepala bayi adalah jauh lebih kecil daripada saiz purata untuk bayi umur yang sama. Microcephaly boleh membawa kepada kelewatan perkembangan dalam pergerakan dan pertuturan. Ia bukanlah seperti down syndrome yang digembar gemburkan oleh masyarakat kita.

Komplikasi Microcephaly termasuk:


  1. Kerdil dan kedudukan yang pendek.
  2. Terbantut pertumbuhan kepala tengkorak dan otak
  3. Hiperaktif
  4. Sawan yang kerap. 

Cara mengatasi daripada merebaknya virus ini, masyarakat diminta untuk menjaga kebersihan kawasan perumahan dan kawasan  tempat kerja. Dimana memastikan tiada tempat air bertakung bagi mengelakkan pembiakkan nyamuk Aedes. Disamping itu, ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk pergi ke negara-negara yang mempunyai jangkitan virus Zika.

Selepas hebohnya kes virus Zika di negara kita, pihak Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengeluarkan hukum mengenai kandungan ibu-ibu yang terkena jangkitan virus Zika. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) boleh menggugurkan janin tersebut bagi menyelamatkan nyawa ibu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh ke laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan --->Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 




[6/9/2016] How can you play your part? 您应该怎么做?


http://www.smartouch.com.sg/index.php?ws=latestnews&nid=49707